nuffnang ads

Google+ Followers

Saturday, 17 October 2015

Pengedar Shaklee Kawasan Padang Serai






Assalamualaikum….
Berita baik untuk anda yang tinggal dikawasan Padang Serai. Anda kini boleh mendapatkan kesemua jenis Produk Shaklee terus dari saya. Ya… terus dari saya sehingga kedepan pintu rumah anda (Cash On Delivery) tampa anda perlu bersusah payah bankin duit dan menanggung caj penghantaran. Saya ialah Pengedar Sah Shaklee kawasan Padang serai dan sekitar denganya.


Anda hanya perlu whatsapp/sms/wechat saya ketalian 011-39260329 (Diana) untuk sebarang pesanan dan info vitamin. Konsultasi dan penghantaran adalah percuma. Kongsikan masaalah anda dan saya akan berusaha untuk membantu.


Friday, 19 December 2014

Khasiat Minyak Zaitun


Assalamualaikum…


Zaitun adalah merupakan sejenis spesis daripada tanaman yang tertua di dunia. Minyak zaitun atau olive oil sangat terkenal dengan fungsinya yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit.







Minyak zaitun diperoleh dari buah dan biji zaitun yang matang. Ia pecah sendiri lalu menghasilkan minyak untuk kegunaan kecantikan wajah, kulit, rambut dan kesihatan.Khasiat minyak zaitun sememangnya tidak terkira.



Khasiat Minyak Zaitun


  • Penggunaan minyak zaitun dalam masakan boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit. Ini adalah kerana minyak zaitun mengandungi antioksidan, phytosterol dan juga vitamin.


  • Dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Pesakit darah tinggi yang mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka boleh menurunkan tekanan darah tinggi yang dihadapi.


  • Selain itu, khasiat minyak zaitun juga terbukti dapat mengurangkan kolestrol merbahaya di dalam tubuh tanpa menganggu kolestrol yang bermanfaat di dalam tubuh badan anda.


  • Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, kandungan minyak zaitun boleh mengurangkan kadar lemak dalam makanan dan mengurangkan risiko terjadinya penyumbatan (thrombosis) dan saluran darah (arteriosklerosis). 


  • Para pengkaji juga yakin bahawa khasiat minyak zaitun dapat menurunkan risiko serangan kanser seperti kanser colon, kanser rahim, kanser kulit dan kanker ovarium, di samping pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.


  • Minyak zaitun juga diyakini dapat mengurangkan sakit-sakit sendi.


  • Selain dari penyakit dalaman, minyak zaitun juga boleh membunuh kutu rambut yang sukar untuk dihapuskan hanya dengan beberapa jam sahaja.


  • Bagi merawat lelaki yang pancut awal juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai penawarnya. Lumur dan urut minyak zaitun pada seluruh zakar sejam sebelum bersama,insya-Allah dapat berjimak dan tahan lama.


  • Bagi merawat bayi yang menangis malam pula, anda boleh sapukan sedikit minyak zaitun pada dahi dan cuping telinga bayi.


  • Minyak zaitun juga boleh merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit. Sapu pada tempat yang bermasalah 3 kali sehari dan ia akan sembuh.


  • Bagi merawat penyakit yang berkaitan dengan organ dalaman seperti gastrik, masalah hati, penkreas, ginjal mahupun buasir,minum sesudu minyak zaitun 2 kali sehari.


  • Diperkaya dengan vitamin E. Pada 100g minyak zaitun, ekstravirgin mengandungi vitamin E alpha tocoperol sebesar 14.39 mcg. Vitamin E adalah zat antioksidan larut lemak yang kuat dan ia diperlukan untuk menjaga integrasi sel membrane, selaput lendir dan kulit dengan cara melindunginya dari radikal bebas.


  • Ia berfungsi untuk merawat kulit dan sesuai dijadikan masker untuk menghilangkan parut jerawat dan melembutkan kulit.


  • Minyak zaitun merupakan sumber vitamin K. Vitamin K membantu meningkatkan kekuatan tulang dan ianya sangat baik bagi pesakit Alzheimer untuk merawat kerosakan sel saraf di bahagian otak.


  • Bagi wanita pula, khasiat minyak zaitun dapat membantu melembutkan dan membersihkan kulit payudara. Sapukan minyak zaitun sebagai masker payudara, ia dapat menanggalkan sel-sel kulit mati pada payudara anda.


  • Selain daripada melembutkan permukaan kulit payudara, ia juga sangat efektif untuk menegangkan payudara. Bagi para ibu yang merasakan payudara makin mengendur, gunalah minyak zaitun untuk menegangkannya kembali.


  • Bukan itu sahaja, khasiat minyak zaitun terbukti untuk mengatasi keregangan kulit bagi ibu hamil. Sapukan minyak zaitun di kawasan yang bermasalah 3 kali sehari.




Minyak zaitun yang ada dipasaran telah diklasifikasikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah: 

Extra Virgin Olive Oil

Hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.

Virgin Olive Oil

Perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.

Pure Olive Oil atau Olive Oil

Melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.

Extra Light Olive Oil

Hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.






Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.








Thursday, 18 December 2014

Benarkah Mandi Malam Merbahaya?


Assalamualaikum…



Pastinya anda pernah dengar mitos mandi malam yang selalu disebut-sebut oleh ibu anda iaitu, “jangan suka mandi malam, nanti paru-paru masuk air!”






Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat juga beberapa lagi kepercayaan sedemikian seperti  jangan minum air batu atau tidur di atas lantai simen kerana  ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang atau menyebabkan sakit sendi.


Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda. Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?



Mitos Mandi Malam Punca Paru-Paru Berair


Sebenarnya,tidak. Mandi malam tidak mendatangkan penyakit paru-paru berair, yang dikaitkan dengan masalah Pulmonari Edema ( PE) dan pneumonia. PE adalah masalah pengumpulan air berlebihan pada ruang antara tisu dan organ. Ini menyebabkan bahagian berkenaan kelihatan berair serta bengkak, justeru mengundang salah faham ramai yang menyangka mandi malam punca paru-paru berair.


Manakala Pneumonia atau radang paru-paru berlaku akibat jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumoniae’ atau virus di paru-paru, yang menyebabkan keradangan berlaku. Kebanyakannya dikaitkan dengan sistem ketahanan tubuh atau imuniti yang lema. Pneumonia adalah berbeza dengan PE.


Pneumonia boleh disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit.  Pneumonia juga boleh diundang dalam penggunaan sesetengah ubat dan penyakit autoimmune seperti AIDS, ekzema, diabetes Melitus (tahap satu) dan banyak lagi. Kesannya, air akan terbentuk pada paru-paru akibat masalah kesihatan itu.


Terdapat beberapa punca penyakit radang paru-paru dan mandi malam bukan di antaranya. Puncanya adalah: 

Usia: Orang lanjut usia biasanya lebih berisiko kerana sistem ketahanan tubuh mereka lebih lemah.

Pesakit kencing manis: Pesakit kencing manis lebih mudah terkena penyakit paru-paru adalah mereka gagal mengawal paras gula dalam darah mereka dengan baik.

Perokok: Golongan perokok sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.
Kurang khasiat makanan: Kanak-kanak kecil atau orang tua yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk terdedah kepada pneumonia, kerana sistem ketahanan mereka yang lemah.


Kebaikan Mandi Malam


Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita, apatah lagi dalam cuaca hangat seperti di negara kita.Jika badan tidak dibersihkan dengan mandi terutama dalam cuaca panas, maka influenza dan penyakit yang lain lebih mudah menyerang tubuh anda. Antara Kebaikan Mandi Malam Adalah:


1. Menurunkan Tekanan Darah

Menurut pakar,mandi di malam hari boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan anda dari tekanan. Pada saat itu,tenaga anda akan kembali, dan tubuh anda akan kembali tenang.


2. Menyegarkan Tubuh Badan

Setelah penat seharian dengan urusan di pejabat, tentu sekali badan anda ingin disirami air yang sejuk.Mandi pada waktu malam mampu membuat anda lebih segar dan menenangkan fikiran. Lebih-lebih lagi jika sebelum anda mahu tidur,anda mandi. Pastinya anda dapat tidur dengan nyenyak.


3. Membantu Memulihkan Ketegangan Otot

Setelah seharian beraktiviti, pastinya anda berasa letih. Otot-otot tubuh anda anda ketika itu terlampau tegang dan kaku. Jadi jika anda mandi pada waktu malam,terutamanya dengan menggunakan air suam,ia dapat membantu mengendurkan otot yang keras. Nikmatnya apabila tubuh badan anda terasa lebih ringan, malah sengal-sengal di tubuh badan anda juga akan hilang.


4. Waktu Yang Panjang Untuk Membersihkan Badan

Sememangnya semua orang akan mandi di waktu pagi. Disebabkan tuntutan kerja yang memerlukan anda supaya berada di tempat kerja awal,memaksa anda terpaksa mandi dengan cepat.Keadaan ini pastinya sangat berbeza jika anda mandi malam. Anda mempunyai waktu yang lebih lama untuk membersihkan tubuh dengan lebih bersih. Pada waktu ini anda mungkin boleh melakukan lulur,masker rambut atau membersihkan bulu-bulu roma di badan.Pendek kata, ringkasnya anda dapat membersihkan diri secara lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan itu badan anda lebih bersih dan sihat.


Kesimpulan: 

Anda tidak lagi perlu risau sekiranya mandi malam. Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita.








Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..


Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.



Wednesday, 17 December 2014

COQ10 Untuk Kesuburan Lelaki


Assalamualaikum…


CoQHealth Plus daripada Shaklee merupakan supplement yang kaya dengan kandungan Coenzyme Q10 (CoQ10) yang mempunyai banyak kebaikan dalam diri kita. CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan juga ekstrak Teh Hijau.






Selain baik untuk jantung, ianya juga terbukti dalam satu kajian dapat membantu meningkatkan pergerakan sperma di kalangan lelaki. Ini sekaligus dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan meningkatkan kebarangkalian isteri untuk hamil.



BAGAIMANA COQ10 MEMBANTU KESUBURAN?


Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidan nya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.





Pergerakan sperma yang aktif akan meningkatkan keberangkalian isteri untuk hamil. Oleh itu, pengambilan supplement yang kaya dengan CoQ10 adalah amat digalakkan  sebagai salah satu usaha untuk membantu pasangan suami isteri memperoleh zuriat...


In Shaa ALLAH... kita hanya berusaha.. selebihnya kita redha dan tawakal pada Allah.. dengan izin Allah, impian anda dan pasangan anda pasti akan tercapai.. in shaa ALLAH...


Jika anda ingin membuat sebarang pesanan atau pertanyaan berkaitan produk, sila hubungi saya seperti dibawah ini.

KHAIRULDIYANA BT MOHM ZAINI
SHAKLEE id : 1066543
♥ Sms/WhatsApp/Wechat : 011-39260329
♥ Emel : khairul_diyana83@yahoo.com
♥ Fb : https://www.facebook.com/khairuldiyana.diyana
♥ Page : https://www.facebook.com/diyana83
♥ Page : https://www.facebook.com/Pengedarvitaminpadangserai








Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..


Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.



Tuesday, 16 December 2014

Water Birth


Assalamualaikum…


Proses kelahiran yang biasa kita dengar dan alami adalah secara normal ataupun pembedahan (caesaran), tetapi ada satu lagi kaedah yang mula mendapat tempat di hati ibu-ibu hamil sekarang iaitu bersalin di dalam air.






Kaedah ini sudah popular di negara luar tetapi masih belum popular di negara kita.Sesuai dengan namanya, melahirkan dalam air atau dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘water birth’ merupakan proses persalinan yang dilakukan di dalam air.


Cara ini telah menjadi alternatif baru untuk melahirkan si bayi. Bersalin di dalam air merupakan satu pengalaman yang menakjubkan kerana sangat berbeza daripada bersalin secara biasa.Kesakitan yang dialami juga tidak seteruk proses bersalin sebelumnya malah proses persalinan ini mengambil masa yang agak cepat dan lebih tenang.


Persoalan Yang Sering Diperkatakan…

Persoalan biasa yang kita dengar apabila ditanya mengenai kaedah bersalin dalam air ini adalah:

“Selamat ke bersalin dalam air?”

“Baby tak lemas ke nanti?”

“Tak sakit ker?”



Bayi Tidak Lemas

Sebenarnya kaedah ini akan mengurangkan kesakitan bagi si ibu dan mengurangkan kesan trauma pada bayi yang baru lahir kerana air suam mampu membuatkan ibu tenang ketika berendam semasa menanti saat kelahiran bayi.


Persoalan mengenai samada bayi yang baru lahir itu lemas tidak timbul kerana bayi yang baru lahir tidak terus bernafas jadi tidak mungkin bayi akan lemas. Ini kerana bayi yang dilahirkan tidak akan bernafas selagi dia belum terdedah kepada udara.


Kronologinya selepas bersalin adalah setelah bayi dilahirkan, doktor atau jururawat akan membersihkan muka dan badan bayi lalu diangkat keluar dari air, seterusnya baru tali pusat dipotong. Justeru, tidak timbul persoalan “bayi lemas di dalam air”.



Selamat Dan Kurang Sakit


Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk meregang dan ada berpendapat proses kelahiran didalam air lebih cepat daripada proses kelahiran biasa.


Proses bersalin dibuat di dalam kolam yang berisi air suam yang telah disteril dalam lingkungan suhu 34 – 36 celsius supaya hampir kepada suhu badan si ibu. Apabila bukaan sudah masuk 6-7 inci si ibu akan diminta masuk ke dalam kolam.


Selalunya si ibu yang memilih kaedah ini jarang meminta ubat tahan sakit. Hanya 5% sahaja yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% mereka meminta diberikan epidural. Sepanjang proses kelahiran si ibu akan diawasi oleh doktor dan jururawat terlatih.



Cara & Kaedah Bersalin Dalam Air


Sebelum Bersalin


  • Si ibu yang memilih kaedah bersalin dalam air ini digalakkan untuk membuat persiapan yang rapi sebelum melakukan proses bersalin.
  • Anda perlu pastikan tidak mempunyai penyakit kelamin sebelum memilih kaedah persalinan ini.
  • Ibu yang hamil anak kembar tidak digalakkan menggunakan cara persalinan di dalam air.
  • Si ibu digalakkan melakukan senaman yoga,meditasi,latihan bernafas, dan berjalan di tempat yang tenang seperti pantai.
  • Anda juga perlu minum air yang banyak untuk mendapatkan tenaga secukupnya untuk membantu semasa proses bersalin.
  • Pastikan anda membuang air besar terlebih dahulu sebelum bersalin dalam air.



Semasa Proses Bersalin


  • Menggunakan air hangat dalam lingkungan 34°-36°,air yang bersih dan bebas daripada kotoran seperti ubat,bahan kimia dan virus.Penggunaan air yang hangat dapat membuatkan vagina si ibu menjadi elastik dan mempercepatkan proses bersalin.
  • Si ibu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan pastikan posisi bayi berada dalam keadaan yang betul.
  • Si ibu juga perlu menjalani latihan meneran terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kolam untuk melancarkan proses bersalin dan untuk memastikan anda mempunyai banyak luka.
  • Apabila rahim si ibu telah terbuka antara 6cm-7cm si ibu sudah boleh dibawa masuk ke dalam kolam berisi air hangat untuk proses bersalin berbanding bersalin secara biasa yang memerlukan rahim terbuka sebanyak 10cm.



Kelebihan Bersalin Dalam Air


Kelebihan Kepada Ibu


  • Kaedah bersalin dalam air ini mampu memberikan ketenangan kepada si ibu kerana air yang hangat lebih menjamin keselesaan si ibu semasa bersalin dan mampu melupakan masalah atau kerisauan yang bakal di alami semasa melahirkan anak.
  • Kaedah ini juga mampu mempercepatkan proses bersalin.Hal ini kerana apabila rahim ibu sudah terbuka sebanyak 6cm atau 7cm mereka sudah boleh melahirkan anak berbanding bersalin secara biasa yang memerlukan 10cm.
  • Selain itu, si ibu lebih bebas bergerak mengikut keselesaan mereka dan mampu menghilangkan rasa gentar yang sedia ada.
  • Kesakitan yang di alami juga tidaklah sesakit bersalin secara biasa kerana proses bersalin dalam air menggunakan kaedah yang lebih tenang dan mudah.
  • Pendarahan juga adalah amat sedikit dan meninggalkan luka yang tidak terlalu banyak.


 Kelebihan Kepada Bayi


  • Risiko untuk bayi minum air ketuban adalah sangat rendah berbanding bersalin secara kaedah biasa.
  • Bayi yang dilahirkan lebih ringan dan mudah untuk keluar dan tidak menyebabkan banyak masalah berlaku serta melancarkan proses bersalin.
  • Kulit bayi yang dilahirkan lebih bersih dan sihat.



Jadi, bagaimana dengan para bakal ibu. Adakah anda bersedia untuk melahirkan bayi anda dengan kaedah bersalin dalam air? Ada berani?







Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.




Monday, 15 December 2014

Tanda – Tanda Penyakit Gout


Assalamualaikum…


Penyakit Gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Bagi penghidap penyakit gout, asid urik yang berlebihan yang tidak dibuang dan berkumpul akan menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin seperti daging merah dan makanan laut juga merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.







Tanda – Tanda Penyakit Gout


  • Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga
  • Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam.


 Faktor Penyakit Gout


1. Jantina

  • Secara umumnya, 90% lelaki lebih berisiko mendapat penyakit gout.


2. Gaya hidup

  • Individu yang banyak minum minuman keras lebih berisiko mendapat penyakit gout.


3. Obesiti

  • Penyakit gout lebih mudah menyerang individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan.


4. Menghidap Penyakit Lain

  • Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia iaitu paras lemak dan kolesterol yang tinggi dan arteriosclerosis(penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan individu terkena penyakit gout.


5. Genetik

  • Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang mempunyai sejarah penyakit gout.



 Suppliment Untuk Pesakit Gout


VIVIX 

Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel


ALFALFA 

Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox


OMEGA GUARD 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit


PERFORMANCE DRINK 

Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.




Jika anda ingin membuat sebarang pesanan atau pertanyaan berkaitan produk, sila hubungi saya seperti dibawah ini.

KHAIRULDIYANA BT MOHM ZAINI
SHAKLEE id : 1066543
♥ Sms/WhatsApp/Wechat : 011-39260329
♥ Emel : khairul_diyana83@yahoo.com
♥ Fb : https://www.facebook.com/khairuldiyana.diyana
♥ Page : https://www.facebook.com/diyana83
♥ Page : https://www.facebook.com/Pengedarvitaminpadangserai








Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..


Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.


Sunday, 14 December 2014

Tempat-tempat Menarik Di Melaka


Assalamualaikum…


Pastinya cuti persekolahan kali ini ada di antara kita yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Banyak tempat-tempat yang menarik di Malaysia yang boleh kita lawati. Antara tempat yang saya rasa paling menarik ialah Melaka.  Tetapi, sebelum anda memulakan percutian tersebut, ada baiknya anda mengenali terlebih dahulu serba sedikt tentang sejarah kota Melaka ini.






Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Negeri ini pernah dijajah oleh tiga buah negara iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris.


Ciri-ciri budaya dan alam binaan yang terdapat di Melaka adalah hasil daripada sejarahnya yang gemilang. Melaka cukup terkenal sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan sejak 500 tahun yang lampau dan menjadi penghubung kepada kuasa Timur dan Barat. 



Antara tempat menarik di Melaka adalah:



1. Melaka River Cruise


Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan sebagainya.

Ia dibuka daripada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam. Jika inginkan pemandangan yang tenang dan cantik anda boleh datang pada waktu malam kerana terdapat banyak lampu menerangi di sepanjang persekitaran sungai tersebut.

Tiket untuk rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad
  • (Dewasa = RM 10 & Kanak-Kanak=RM 5).


Untuk pelancong asing harga tiket sekitar 
  • ( Dewasa= RM 15 & Kanak-kanak = RM 7.00).




2. Zoo Melaka


Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung ke Melaka berikutan kedudukannya yang strategik. Sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim cuti sekolah dann turut menarik minat pelancong asing.

Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ia menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan. Selain anda berpeluang menyaksikan pelbagai  jenis hidupan liar, anda boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama gajah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke sini.

Zoo Melaka turut menawarkan kunjungan pada waktu malam yang dikenali sebagai “Night Safari”. Jika anda berminat untuk merasai pengalaman serta melihat kehidupan haiwan pada waktu malam, anda bolehlah merasainya.

Zoo Melaka dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Biasanya tiket terakhir dijual sehingga jam 5.30 petang.

Manakala “ Night Safari” dari jam 8 malam sehingga 11 malam.

Tiket untuk pakej siang atau malam adalah sama iaitu :


Untuk pemegang Mykad
  • (Dewasa RM 15 dan Kanak-kanak RM 6, untuk orang tua RM 6)


Untuk pelancong asing
  • (Harga tiket untuk dewasa RM 20 dan kanak-kanak RM 15)




3. Taman Buaya Melaka


Taman Buaya Melaka juga terletak di Air Keroh. Mempunyai kira-kira 100 spesies buaya daripada serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka. Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu.

Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk dan salah satu lagi daya tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua pengunjung serta mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman di antara 1.5′  dan 2.5′. Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Bayaran Masuk:
  • Dewasa: RM10.00
  • Kanak-Kanak: RM6.00



 4. Mini Malaysia & “Asean Culture Park”


Jika anda berminat untuk mengenali rumah budaya orang Malaysia, anda boleh mengunjungi Mini Malaysia. Terdapat 14 rumah daripada pelbagai negeri yang dipamerkan di sini.

Di samping itu, turut diadakan beberapa persembahan kebudayaan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Harga tiket masuk adalah RM15  bagi dewasa. Manakala untuk kanak-kanak RM 8. Dibuka daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang.



5. Melaka Wonderland


Merupakan tarikan terbaru Negeri Melaka iaitu “Melaka Wonderland”. Ia adalah Taman Tema Air yang terbaru diwujudkan  dan bertempat sekitar Air Keroh Melaka. Pasti menyeronokkan! Selain Taman Tema Air,berhampiran “Melaka Wonderland” juga ada terdapat  “Dinosaur Park”.

Taman Tema Air                     Dewasa      Kanak-Kanak                   
Selasa hingga Jumaat              RM28.00     RM22.00
Sabtu & Ahad                           RM32.00      RM27.00
Orang tua                                 RM16.00      RM16.00


“Dinosaur Park”                    Dewasa        Kanak-Kanak                 
Selasa hingga Jumaat             RM15.00       RM10.00
Sabtu & Ahad                          RM15.00       RM10.00
Orang tua                                RM10.00       RM10.00



6. Menara Taming Sari


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan).

Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Ia adalah Menara Berputar jenis Gyro, yang pertama di Malaysia.

Kos pembinaannya menelan belanja sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa.

Dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam

Untuk pelancong asing
  • Harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang.


Manakala untuk pemegang Mykad
  • Harga tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5


Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.



7. Kota A Famosa Melaka


Peninggalan penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark Negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang daripada arah laut.

Namun, kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu daripada pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh dan tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang sering diabadikan pengunjung untuk merakamkan kenangan.



8. Jonker Street


Jika anda ke Melaka, harus singgah ke Jonker Street atau Jonker Walk yang terletak di Melaka Chinatown. Jalan yang kecil ini terkenal sebagai tempat penjualan pelbagai jenis barangan termasuk barang-barang peninggalan sejarah.  Bagi penggemar barangan antik, anda wajib datang ke tempat ini.








Ingin menambah pendapatan.. Kurang modal… Tak tahu cara memulakan perniagaan..
Jom setai Keluarga Jutawan Shaklee kami.. Anda akan dibimbing FROM ZERO to HERO..

Untuk keterangan lanjut KLIK di bawah ini.